Sunday, September 30, 2018

Jenis-jenis Botol Susu

Seperti yang kita tahu botol susu diperbuat dari material plastik yang pelbagai jenis. Terdapat botol susu yang diperbuat dari material PC (Polycarbonate), PP (Polypropelene), PPSU (Polyphenylsulfone), PES (Polysulfone) dan juga PA (Polyamide)

1. Botol Susu PC (Polycarbonate)
Botol susu ini berwarna putih jernih. Saya tidak pasti samada masih ada lagi dijual di kedai atau tidak ini adalah kerana ia telah diharamkan oleh Menteri Kesihatan kita pada tahun 2012. Material PC ini mengandungi bahan kimia seperti Bisphenol-A yg boleh menjejaskan kesihatan bayi. Material ini harus dielakkan ye wahai ibubapa sekalian.


Sumber: Google



2. Botol Susu PP (Polypropelene)
Selepas isu pengharaman botol dari material PC, kebanyakan botol susu yang dijual dikedai kini adalah dari material PP. Botol susu PP ini ada bebas BPA (Bisphenol-A). Ianya selamat digunakan. Botol susu PP ini ringan, berwarna putih jernih yg sedikit kelabu, tahan panas sehingga 120 degree dan harganya juga murah berbanding botol susu dari material PES, PPSU & PA. Kebanyakan botol susu di pasaraya diperbuat dari material PP ini.

3. Botol Susu PES (Polysulfone)
Botol susu dari material PES juga bebas BPA. Lebih keras dari botol susu plastik PP serta lebih tahan kepada suhu tinggi sehingga 180degree.  Berwarna jernih tetapi sedikit kekuningan. Botol susu ini dikatakan lebih tahan lama kerana ia diperbuat dari plastik ber gred tinggi.  Ada beberapa jenama seperti Avent PES, Bumble Bee (PES), Safety Plus (PES) dan lain lain. Saya lebih suka botol susu jenis PES ni tetapi harganya sedikit mahal. 

Sumber: Google

Sumber: Google

4. Botol Susu PPSU (Polyphenylsulfone)
Ciri-ciri botol susu dari material PPSU adalah lebih kurang sama seperti botol susu PES. Juga berwarna jernih kekuningan. Botol ini juga diperbuat dari plastik ber gred tinggi. Tahan kepada suhu tinggi sehingga 180 degree. Ia juga bebas BPA dan jangka hayat botol ini adalah lebih lama sama seperti botol susu PES.
Sumber: Google
Sumber: Google
5. Botol Susu PA (Polyamide)
Yang saya tahu keluaran terbaru dari Avent adalah botol susu PA. Ia berwarna putih jernih. Juga diperbuat dari plastik bergred tinggi. Juga BPA free dan lebih tahan lasak. Harga nya juga sedikit mahal dari botol plastik biasa sama seperti botol susu PES & PPSU.

Sumber: Google

Ada bermacam jenis botol susu dipasaran dgn pelbagai jenis puting yang membuatkan ibu rambang mata. Pilih lah yang bebas BPA. Ikut lah bajet masing-masing dan juga ikut lah kesesuaian bayi anda. Pendapat saya cuba utk beli 1 jenis botol susu sahaja dahulu. Mmg rambang mata kalau tgk botol susu yg ada dipasaran tp pendapat saya guna bermacam jenis botol/puting meningkatkan risiko bayi keliru puting seterusnya membuatkan bayi menolak untuk menyusu melalui botol terutama bg yg menyusu dgn susu ibu.

Saya mmg memilih botol susu dari jenama Avent dari anak no 1 sehingga yg ke 3 sekarang. So far anak saya mmg tak pernah mengalami masalah keliru puting. Satu lagi saya pilih Avent sbb putingnya mempunyai byk lubang mengikut tahap umur anak anda. Susu tidak mudah tumpah dan boleh mengurangkan risiko bayi tersedak susu krn aliran yg laju.


LOL
Putri Nadiah 

No comments:

Post a Comment